Ahad, 17 Oktober 2010

Pembuka Bicara

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.


Alhamdulillah, akhirnya terbit juga blog ini. Saya bukanlah pengkaji, tetapi hanya pencinta sejarah tanah air bangsa. Yang ingin kenal asal-usulnya. Yang ingin tahu apa yang telah berlaku di tanah bertuah ini.

Andai dibicarakan sejarah Sarawak, kita kebanyakannya hanya mengetahui kedudukan dan ceriteranya bermula dengan pendudukan raja yang tidak diundang Brooke. Walaupun tidak diundang terima kasih juga diucapkan kepada raja kerana menjadi sejarah kepada negeri ini. Walaupun pahit ditelah raja tidak diundang ini ada juga manfaatnya kepada negeri tercinta.

Namun apa yang berlaku sebenarnya sebelum itu. Apakah ceritanya Sarawak ini sebelum Brooke, malah sejauh yang mungkin. Di Gua Niah telah ada tengkorak yang begitu tua, setua 40,000 tahun.

"...di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia." (Wikipedia)

Pernahkah cikgu sekolah kita menceritakan keadaan pada masa itu secara detail? Ya! Tidak ada, sebab kita memang tidak tahu, malah cikgu-cikgu pun tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku.

Mengkaji sejarah Sarawak, tidaklah dapat dikaji semata-mata Sarawak. Sarawak bukanlah statik dan tidak mempunyai hubungan luar dengan pihak lain. Sarawak pun telah diketahui mempunyai hubungan dagang dengan orang Arab dan China. Apabila mengkaji Sarawak mahu tidak mahu kita kena tahu juga tentang jiran-jirannya, Kalimantan, Brunei, Jawa, Sumetera, Semenanjung, Sabah dan Filipina. Ingatlah suatu masa dulu semua kawasan ini adalah tanah besar yang bersambung di kala aras laut masih rendah kerana zaman ais (20,000 tahun dahulu).  Mustahil kawasan yang begitu luas ini tidak mempunyai tamadun yang hebat.

"...the ice age" refers to the most recent colder period that peaked at the Last Glacial Maximum approximately 20,000 years ago, in which extensive ice sheets lay over large parts of the North American and Eurasian continents." (Wikipedia)

Kalau dikaitkan dengan tengkorak tadi berusia 40,000 tahun dan Pentas Sunda pula terbentuk 20,000 tahun dahulu, maka tidak mustahil manusia-manusia ini dan keturunannya telah menjelajah malah mendiami daratan-daratan yang timbul ini. Dan setelah zaman ais berakhir maka berpindahlah mereka ke tempat-tempat yang lebih tinggi, seperti yang kita dapat lihat hari ini. Sudah pasti setiap kaum akan mengikut kaumnya. Dan disebabkan itu juga hingga hari ini kita boleh lihat setiap kaum mempunyai kawasan 'autoriti' nya sendiri.

Kalau dilihat Borneo ini, berapa banyakkah suku kaum yang ada. Sesuai dengan jolokan Nusantara, Nusa bermaksud Bangsa, tara bermaksud antara. Jadi Nusantara ialah Antarabangsa. Apa mustahilnya kawasan ini digelar Nusantara kalau kita lihat kepelbagaian suku kaumnya. Lebih-lebih lagi Borneo sahaja berapa ratus suku kaum yang ada?


Mustahil bangsa kita tidak mempunyai tamadun yang hebat, entah-entah telah tenggelam setelah zaman ais berakhir, tersembunyi dan terkubur di Pentas Sunda, menunggu masa untuk menggalinya.

Daripada soalan-soalan inilah jiwa dan hati berkobar-kobar untuk mengetahui lebih mendalam apa yang berlaku di Sarawak ini sebenarnya. Insyallah dari semasa ke semasa akan kita korek bersama-sama.  Sekiranya rakan pembaca sekalian mempunyai maklumat yang ingin dikongsi bersama, silalah email ke sejarahsarawak@ymail.com.

Wasalm.

2 ulasan:

  1. teruskan penceritaan tentang sejarah kita, sejarah sarawak amat sukar untuk diperolehi..

    BalasPadam
  2. Ini hanya rekaan.Santubong itu maksudnya keranda (Iban dead ship).Orang Iban yang bagi nama gunung Santubong Santubong zakan silam orang asal di santubong sebelum kedatangan melayu akhir kurun ke 15 dari rombongan Datuk Merapati Jepang dari Jawa.Dewi kayangan itu Dewi Kumamg dan Dewi Lulob6 Dewi suci kaum Iban.Ada di Sarawak gazette

    BalasPadam