Isnin, 18 Oktober 2010

Sedikit sejarah Sarawak dan keturunan 'Abang dan Dayang'

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han dari negara China di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.
Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.

(Dipetik daripada Wikipedia)

13 ulasan:

  1. Mana ada manusia duduk di muka bumi ini 40,000 tahun dulu? Sila rujuk buku2 sejarah atau silasilah nabi2 - paling awal pun 6,000 tahun lepas saja... :-)

    BalasPadam
  2. Pelik jgk...nabi2 pn blm wujud lg tyme 40000 thn dhulu...sejarah apa kah ini

    BalasPadam
  3. Mana boleh x percaya sbb x semestinya nabi2 x wujud lagi manusia x bleh wjud..lagipun klau x btul buat apa nk post kan???

    BalasPadam
  4. Tipu tu..berok ade la...manusia keturunan nabi adam.

    BalasPadam
  5. Tipu tu..berok ade la...manusia keturunan nabi adam.

    BalasPadam
  6. Susah kalau orang tak dapat bezakan dongeng nabi dgn fakta sejarah.

    BalasPadam
  7. Kesimpulannya sejarah ini telah ditolak tambah oleh Rajah James Brooke untuk menambah pening sejarah Sarawak dahulukala yang telah pun wujud 5 Kesultanan Negeri (The Lost 5 Kingdom catatan Hikayat Pateh Gatarnegarakarma Majapahit) sebelum kedatangan Datuk Merpati Jepang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raja Jarom Jawa itu adalah panggilan masyarakat purba atau bahasa international zaman itu seperti panggilan wa, anjang, ngah.. Nama asal beliau adalah Sultan Abang Syahrum memerintah Kesultanan Sanggau di Bentan

      Padam
  8. nak tanya, keturunan raja jarum ni, kuat saka yang akan mengganggu anak cucu..you know what im talking about?

    BalasPadam
  9. What is a casino? | JDHHub
    As a casino, you can enjoy games like blackjack, craps and video poker. The main 안성 출장샵 idea is 보령 출장마사지 to use the player's knowledge to play 시흥 출장안마 at your 안양 출장마사지 site. 이천 출장마사지 It is

    BalasPadam