Sejarah Sarawak hari ini ingin membicarakan tentang satu bangsa utama yang menduduki bumi Sarawak ini iaitu Melayu. Ada dua fokus utama dalam mengkaji tentang bangsa Melayu ini iaitu, 1) dari mana asal-usulnya, 2) apakah pengertian 'Melayu' itu sendiri.
Sebenarnya kajian tentang sejarah bangsa Melayu ini masih lagi giat berjalan pada hari ini kerana tidak terdapat kitab atau risalah yang menceritakan tentang asal-usul bangsa ini secara khusus. Kita pun sedia maklum penjajahan 'orang luar' terhadap negara kita berlaku sekian lama, iaitu lebih 500 tahun dari tahun 1511-1963. Semasa penjajahan ini banyak kitab dan khazanah ilmu Nusantara ini (Malaysia & Indonesia) telah dimusnahkan serta dirompak oleh penjajah. Ada pendapat mengatakan penjajah melakukannya demikian kerana ingin memusnahkan sejarah bangsa kerana sekiranya suatu bangsa itu mengetahui sejarahnya, ia akan membangkitkan semangat perjuangan yang amat bahaya bagi penjajah.
Oleh sebab kekurangan sumber rujukan inilah maka pengkajian terhadap sejarah bangsa Melayu ini masih diteruskan sehingga hari ini.
Kali ini Sejarah Sarawak ingin berkongsi maklumat yang dipetik daripada seorang pengkaji sejarah Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Srikandi (yang menghasilkan riwayatmelayu.blogspot.com). Berikut adalah pengertian 'Melayu' mengikut pendapat beliau.
"Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'.'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran."
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Melayu Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Melayu Sarawak. Papar semua catatan
Khamis, 21 Oktober 2010
Isnin, 18 Oktober 2010
Sedikit sejarah Sarawak dan keturunan 'Abang dan Dayang'
Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han dari negara China di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.
Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.
(Dipetik daripada Wikipedia)

Langgan:
Ulasan (Atom)