Khamis, 21 Oktober 2010

Pengertian Melayu

Sejarah Sarawak hari ini ingin membicarakan tentang satu bangsa utama yang menduduki bumi Sarawak ini iaitu Melayu. Ada dua fokus utama dalam mengkaji tentang bangsa Melayu ini iaitu, 1) dari mana asal-usulnya, 2) apakah pengertian 'Melayu' itu sendiri.

Sebenarnya kajian tentang sejarah bangsa Melayu ini masih lagi giat berjalan pada hari ini kerana tidak terdapat kitab atau risalah yang menceritakan tentang asal-usul bangsa ini secara khusus. Kita pun sedia maklum penjajahan 'orang luar' terhadap negara kita berlaku sekian lama, iaitu lebih 500 tahun dari tahun 1511-1963.  Semasa penjajahan ini banyak kitab dan khazanah ilmu Nusantara ini (Malaysia & Indonesia) telah dimusnahkan serta dirompak oleh penjajah.  Ada pendapat mengatakan penjajah melakukannya demikian kerana ingin memusnahkan sejarah bangsa kerana sekiranya suatu bangsa itu mengetahui sejarahnya, ia akan membangkitkan semangat perjuangan yang amat bahaya bagi penjajah.

Oleh sebab kekurangan sumber rujukan inilah maka pengkajian terhadap sejarah bangsa Melayu ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Kali ini Sejarah Sarawak ingin berkongsi maklumat yang dipetik daripada seorang pengkaji sejarah Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Srikandi (yang menghasilkan riwayatmelayu.blogspot.com).  Berikut adalah pengertian 'Melayu' mengikut pendapat beliau.

"Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'.'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran."



1 ulasan:

  1. bolavita agen bola dan sabung ayam terbaik indonesia dengan minimal taruhan 50rb

    Boss Juga Bisa Kirim Via :
    Wechat : Bolavita
    WA : +6281377055002
    Line : cs_bolavita
    BBM PIN : BOLAVITA ( Huruf Semua )

    BalasPadam